Tuesday, 27 May 2014

Tempat Menarik Untuk Di Kunjungi di Sarawak : Pasar Serikin





Pasar Serikin antara destinasi membeli-belah yang boleh anda kunjungi jika melancong ke Kuching. Kalau di semenanjung, boleh la disamakan dengan Wang kelian dan Padang besar di Perlis. Kalau disana kita boleh dapatkan banyak barang daripada Thailand. Di Pasar Serikin ini, kebanyakan barangan yang dijual adalah dari Indonesia.

Pasar ini terletak berhampiran sempadan Kalimantan iaitu di daerah Bau. Kira-kira 80km dari bandar Kuching dan perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah dari bandaraya Kuching.




Bagi yang belum pernah sampai berusahalah untuk datang ke sini.Begitu juga dengan kaki shopping kerana pelbagai barangan ada dijual disini dengan murah bergantung kepada kebolehan anda untuk tawar menawar. Antara yang mendapat sambutan disini ialah Telekung sulam cotton paris.

Selain itu terdapat juga pakaian wanita dan lelaki, kain sulam , beg tangan, Jubah ,Baju kebaya, barang kraf dari sarawak serta barangan kelengkapan rumah seperti kain langsir, tikar dan alas meja. Buah-buahan, ikan kering, udang kering dan segala jenis kerepek juga ada dijual di sini.

Pasar yang juga menjadi tarikan bagi penduduk tempatan ini hanya dibuka hanya pada hujung minggu sahaja iaitu hari Sabtu dan Ahad seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Bagaimanapun jika anda mahukan keselesaan membeli-belah, datanglah awal pagi supaya tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan bagi yang memandu kereta ke sini mudah mendapat parkir. Jika datang pada sebelah pagi dapat juga mengelak cuaca panas kerana sebenarnya kawasan Serikin ini panas terutamanya selepas jam 11 pagi

Monday, 26 May 2014

Tempat Menarik Untuk dilawati di Sarawak : Orang Utan Semenggoh




Semenggoh terletak kira-kira 25km dari bandar Kuching. Untuk ke Semenggoh, ada di sediakan public transportation. Sesetengah hotel ada menyediakan shuttle van yang direct terus ke sini. 


Entrance fee:
RM3



Feeding Time:
9:00 pagi – 10:00 pagi & 3:00 petang – 4:00 petang.


Orang Utan bukan duduk di dalam sangkar sebaliknya akan di biar kan bebas berkeliaran di dalam hutan.  Sebab itu la kena datang masa feeding time. Time ni baru akan dibenarkan pelawat untuk masuk ke kawasan feeding dan lihat sendiri Orang utan secara dekat. 



Friday, 23 May 2014

Tempat Menarik Untuk Dilawati di Sarawak : Jong Crocodile Farm


Jalan Masuk Dari Bandar Siburan

 Depan Taman Buaya

Jong Crocodile, Kuching Sarawak merupakan taman ternakan dan simpanan buaya daripada yang kecik kepada buaya yang ternama. Buaya adalah haiwan reptilia yang hidup di dalam air. Ibu buaya adalah lebih ganas daripada buaya yang lain. Induk buaya betina rata-rata menyimpan telur-telurnya dengan dibenamkan pada tanah atau di bawah seresah daun. Dan, induk tersebut menunggu dari jarak sekitar 2 meter dari dalam air. Di musim bertelur buaya amat buas menjaga telurnya.

  1. Buaya muara
  2. Buaya air tawar Irian
  3. Buaya sepit
Sedangkan di seluruh dunia terdapat 23 jenis buaya (termasuk seluruh famili Crocodilian, Alligator, Gharial, serta Caiman). Dari semua jenis tersebut, Buaya Muara Crocodilus Porosus adalah yang terbesar, dan penyebaran buaya muara adalah di perairan Indonesia dan Australia, serta negara negara lain sekitar Indonesia (Menurut pakar biologi Adam Britton, penyebaran Buaya Muara terdapat mulai dari perairan laut India dan Sri lanka di Lautan Hindia hingga Fiji di Lautan Pasifik). Pelbagai buaya yang ada terdapat dalam taman ini kecuali buaya air masin.

 Bayaran Masuk


Bayaran Masuk :
1. Dewasa : RM8.00 sahaja
2. Kanak : RM 4.00 sahaja (12 tahun kebawah)
Masa Buka: 11 a.m - 4 pm

Kisah 'Bujang Senang'



Rangka Kepala buaya "bujang senang"


Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri AmanSarawakMalaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.
Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992 dengan menggunakan senapang khas 'short gun'.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Taman Buaya (Jong Crocodile Farm)  di Siburan, Kuching, Sarawak.


Mitos Bujang Senang
Bujang Senang dikatakan adalah binatang jelmaan, kononya jelmaan seorang pahlawan Iban bernama Simalungun.dia dibunuh dan disumpah menjadi buaya lalu dia bersumpah akan membunuh semua keturunan yg membunuh dia..


Buaya ini dinamakan "Tailless Crocodile". Buaya ini tidak mempunyai ekor. Menurut cerita - cerita kau m dayak buaya ini tidak seganas buaya yang lain dan jarang menyerang manusia.


Buaya ini di namakan 'buaya jejulung'.Buaya ini hampir pupus.Mengikut Cerita cerita orang terdahulu. Buaya ini agak bersifat garang dan ganas. 

Masa Buaya -buaya di beri makanan

Biala masa yang telah di tetapkan iaitu pada jam 11 am dan 3 pm buaya buaya di taman ini akan di beri makan. Apabila perkerja di tempat tersebut hendak memberi makanan. Mereka akan membunyikan loceng di pondok tempat memberi makanan. Apabila memdengar bunyi loceng tersebut buaya buaya akan datang ke tempat tersebut untuk mendapat makanan. Makanan itu akan di gantung pada tali yang telah di sediakan.


Tuesday, 20 May 2014

Tempat Menarik Untuk Dikunjungi di Sarawak : Air Terjun Ranchan

Ranchan terletak hanya 1 kilometer daripada bandar serian. Tempat ini berhampiran dengan kampung - kampung orang bidayuh. Antara kampung yang berdekatan di situ termasuk lah Kampung Ranchan, kampung Ampungan dan ada lagi yang lain. Tempat reakrasi ini masih kekal dengan keadaan semula jadi dan mempunyai udara yang menyegarkan terutamanya pada waktu pagi. Ini kerana kawasan ini akan ditutupi embun pada waktu pagi dan air yang mengalir amat sejuk sehinggakan mengeluarkan wap pada waktu pagi.



Gambar di atas menunjukan gerbang masuk ke taman Rekreasi Ranchan. Kira - kira 100 meter masuk akan sampai di tempat tersebut. Kebiasaannya pada hari biasa -biasa tidak ada ramai pengunjung.Tetapi pada hari ahad pengujung Ramai kerana hari percutian ataupun hari tidak berkerja jadi ramai yang datang bersama keluarga.

Pemandangan dan suasana di Taman Rekreasi Ranchan


Air terjun


















Melihat gambar - gambar di atas pasti hati kita keinginan. Itu dah menjadi lumrah manusia. Tempat ini sememangnya indah sekali. Melalui gambar pun kita dapat mengetahui apa lagi apabila berada di tempat tersebut dan menyaksikan sendiri keindahan alam melalui pandangan mata kita sendiri. 

Kemudahan Yang Ada di tempat TAman Reakreasi ini.

  • Pondok Rehat
  • Track Jogging
  • Tempat BBQ
  • Tandas awam
  • Tempat Mandi dan menukar pakaian
  • Kedai makan
  • Kerusi 
Semua yang kemudahan yang disediakan adalah free of charge kecuali tandas saje yang kena bayar


Di Ranchan, rumah tumpangan disediakan untuk pengunjung- pengunjung yang ingin menikmati suasana malam di sini.  Selain rumah tumpangan, jambatan gantung juga menjadi  tarikan pengunjung ke Taman Rekreasi Ranchan.

Sebagai faktor keselamatan, hanya beberapa aktiviti sahaja yang dibenarkan di Taman Air Terjun Ranchan iaitu berkhemah, bermalam, merentas desa, mengambil gambar, beriadah dan membuat penyelidikan.  Pengunjung- pengunjung yang datang ke sini pasti akan tersenyum puas setelah pulang dari taman ini.

Monday, 19 May 2014

Tempat Menarik Untuk Dikunjungi di Sarawak : Kampung Budaya


Sarawak memang cukup dikenali sebagai negeri yang mempunyai pelbagai kaum yang unik dan sukar untuk di dapati di tempat-tempat lain. Untuk mengetahui latar belakang serta kepelbagaian etnik yang terdapat di Sarawak, rasanya tidak cukup jika sekadar dengan membaca buku tanpa melihat sendiri gaya hidup serta suasana penempatan kaum-kaum tersebut.

Oleh sebab itu, Kampung Budaya Sarawak yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 dan dibangunkan di atas tanah seluas 14 ekar diharap mampu memberikan pengalaman terindah kepada pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.

Hanya 35 kilometer dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa lebih kurang 35 minit perjalanan menggunakan kereta, Kampung Budaya Sarawak merupakan lokasi percutian terbaik untuk seisi keluarga.
Walaupun dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk golongan dewasa dan RM30 untuk kanak- kanak, namun saya rasa ianya cukup berbaloi kerana pengalaman sebegini sukar untuk didapati di tempat lain.

Apatah lagi saya diberitahu kebanyakan kaum-kaum minoriti di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Iban, Penan, Orang Ulu dan Melanau juga kini sedang dilanda era kemodenan. Jadi mereka sudah tidak tinggal di dalam rumah yang bercirikan tradisional seperti ini.

Di Kampung Budaya Sarawak ini, kami dipaparkan dengan gaya hidup sebenar masyarakat tersebut termasuklah kuih muih, pakaian tradisional serta tarian yang dipersembahkan di dalam persembahan kebudayaan selama 45 minit yang diadakan khusus untuk pengunjung.
"Pendek kata Kampung Budaya Sarawak ibarat sebuah 'muzium hidup' yang penuh warna warni kehidupan masyarakat desa," ujar salah seorang pelancong tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal.

Beliau yang berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, anak-anaknya cukup teruja kerana berpeluang memasuki rumah kaum Melanau yang sangat tinggi serta kaum Bidayuh yang berbentuk bulat.
Tambah manis apabila para pekerja di Kampung Budaya Sarawak memberikan layanan yang baik dan mesra kepada para pelancong.

"Berlatar belakangkan hutan hujan tropika yang masih elok terpelihara serta Gunung Santubong yang tinggi melangit, saya yakin Kampung Budaya Sarawak akan terus dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa," tambahnya.

Dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang, Kampung Budaya Sarawak yang telah menerima pelbagai anugerah dari dalam luar negara itu diharapkan akan terus terpelihara serta menjadi daya tarikan utama buat para pelancong yang mahu berkunjung ke Sarawak.

Friday, 16 May 2014

Resepi Ayam Pansoh

Bahan-bahan :

Ayam 
Buluh (Secukupnya)
Daun Bungkang (optional ) 
Garam (secukupnya)
Ajinomoto (secukupnya)
Pucuk ubi
Bawang Putih 
Bawang Merah
Serai
Halia

Cara membuatnya :





Bawang Putih, Bawang Merah, Serai dan Halia : Ditumbuk 



Satukan Bawang Putih,Bawang Merah, Serai dan Halia yang ditumbuk tadi dengan ayam yang dah siap dipotong. 


(bubuh garam)

(bubuh ajinomoto)

Masukkan Daun Bungkang 


Gaulkan dengan bahan-bahan lain tadi




Basuh dulu sebelum guna








Ni pucuk ubi yg dah dibasuh...

ambik daun je









Kredit to http://norainisahaini112.blogspot.com/2013/06/ayam-pansuh.html

Thursday, 15 May 2014

Makanan Tradisi Sarawak : Laksa Sarawak





BAHAN-BAHAN :
1 bungkus mee hoon, celur hingga lembut, toskan
200 g pes laksa sarawak
250 g udang sederhana besar, kupas, cuci dan toskan
2 keping dada ayam
300 ml pati santan
1 kiub ayam "MAGGI"
1 1/2 camca besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan :
3 - 4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung dan hiris halus
250 g taugeh, buang ekor, celur sekejap
Belahan limau kasturi
Hirisan daun ketumbar @
Daun pudina
Sambal belacan

CARA MEMBUATNYA :
- Cuci ayam, kelar-kelar dan rebus hingga ayam masak
  (campur 1 inci halia, dititik dan juga 4 biji bawang putih, dititik).
- Angkat ayam, tos dan sejukkan, keluarkan halia dan bawang 

  putih tadi. 

- Siat daging ayam tadi dan ketepikan. 


- Dalam stok ayam yang sama, celur udang 30 saat, angkat 

  dan toskan.

- Kemudian dalam stok tadi, masukkan pes laksa sarawak 

  dan santan. 

- Biar mendidih atas api sederhana.
- Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, gula dan garam 

  secukup rasa. 

- Kacau rata dan biar mendidih.
- Tambah sedikit air jika perlu.

PENYEDIAAN LAKSA :
- Masukkan secukupnya mee hoon dalam mangkuk, 

  tuang kuah, tabur taugeh, hirisan telur dadar, udang, ayam, 
  hirisan daun ketumbar/pudina, limau kasturi dan sambal 
  belacan.
   
UNTUK SAMBAL BELACAN :
- Tumbuk lumat 15 biji cili padi bersama belacan,campur secubit 

  gula dan garam.
- Perah sedikit jus limau kasturi, gaul rata..