Kuching mempunyai sebilangan hidangan terkenal yang dilayan oleh gerai-gerai penjaja:
- 'Mi kolok' Kuching atau 'koh-loh mein' (mi yang direbus dan kemudian dihidangkan dengan bawang putih, bawang merah, serta hirisan daging barbeku yang dikenali sebagai "char siew")
- Laksa Sarawak (sup santan berempah yang berasaskan belacan dan yang dihidangkan dengan mi hun, telur, udang, ayam, tauhu goreng, dan kekadangnya kerang)
- Mi Sos Tomato (mi garing yang dihidangkan dengan sos tomato, sayur, dan daging) atau Kuay Teow Sos Tomato yang merupakan hidangan penjaja yang paling dikenali.
Hidangan ikut tempahan (biasanya dipanggil "istimewa") juga boleh didapati apabila diminta. Kebanyakan gerai penjaja menyajikan ketiga-tiga hidangan ini, tetapi orang-orang tempatan sering mendebatkan tentang gerai yang paling baik untuk mengunjungi. Pelancong-pelancong harus berhati-hati bahawa hidangan-hidangannya adalah separuh daripada apa yang biasanya didapati di Pekan-pekan Cina di dunia Barat.
Hidangan-hidangan kegemaran tempatan yang lain termasuk:
- Mi Daging Lembu Ah Mui yang hanya boleh didapati di dua tempat, iaitu sebuah gerai di food court terbuka Rumah Electra (dibuka hanya untuk menghidangkan makan malam sehingga lewat malam) serta lagi sebuah gerai di gerai-gerai penjaja yang terletak di kawasan pasar Sg. Maong
- Sate Hap Chien Han.
Sedangkan saluran-saluran keluar rantaian sejagat (McDonald's, Kentucky Fried Chicken, Coffee Bean dan Tea Leaf) sentiasa terdapat di dalam kompleks-kompleks perdagangan utama, "Sugarbun", sebuah rantaian makanan segera, juga menghidangkan berbagai-bagai makanan Malaysia dalam gaya yang lebih merupai gaya Barat (dulang plastik, menu yang diterangi lampu, dan kakitangan yang berpakaian seragam).
Saya akan terangkan dengan lebih lanjut berkenaan makanan tradisi Sarawak ini pada entri yang akan datang.....tungguuu
No comments:
Post a Comment