Pasar Serikin antara destinasi membeli-belah yang boleh anda kunjungi jika melancong ke Kuching. Kalau di semenanjung, boleh la disamakan dengan Wang kelian dan Padang besar di Perlis. Kalau disana kita boleh dapatkan banyak barang daripada Thailand. Di Pasar Serikin ini, kebanyakan barangan yang dijual adalah dari Indonesia.
Pasar ini terletak berhampiran sempadan Kalimantan iaitu di daerah Bau. Kira-kira 80km dari bandar Kuching dan perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah dari bandaraya Kuching.
Bagi yang belum pernah sampai berusahalah untuk datang ke sini.Begitu juga dengan kaki shopping kerana pelbagai barangan ada dijual disini dengan murah bergantung kepada kebolehan anda untuk tawar menawar. Antara yang mendapat sambutan disini ialah Telekung sulam cotton paris.
Selain itu terdapat juga pakaian wanita dan lelaki, kain sulam , beg tangan, Jubah ,Baju kebaya, barang kraf dari sarawak serta barangan kelengkapan rumah seperti kain langsir, tikar dan alas meja. Buah-buahan, ikan kering, udang kering dan segala jenis kerepek juga ada dijual di sini.
Pasar yang juga menjadi tarikan bagi penduduk tempatan ini hanya dibuka hanya pada hujung minggu sahaja iaitu hari Sabtu dan Ahad seawal jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Bagaimanapun jika anda mahukan keselesaan membeli-belah, datanglah awal pagi supaya tidak terperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan bagi yang memandu kereta ke sini mudah mendapat parkir. Jika datang pada sebelah pagi dapat juga mengelak cuaca panas kerana sebenarnya kawasan Serikin ini panas terutamanya selepas jam 11 pagi
No comments:
Post a Comment