Wednesday 7 May 2014

Pentadbiran di Kuching

Pentadbiran Kuching dibahagikan kepada dua kumpulan serta mempunyai dua orang datuk bandar. Bahagian utara Kuching diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara, manakala bahagian selatan ditadbirkan oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Terdapat mereka yang mempercayai bahawa pembahagian kuasa kepada daerah utara (terdiri terutamanya daripada penduduk Melayu dan bumiputera) dan selatan (terutamanya penduduk Cina) adalah disebabkan oleh alasan etnik pada 1980-an. Terdapat juga mereka yang mempercayai bahawa pentadbiran dibahagikan atas alasan geografi kerana daerah utara dan selatan dikaitkan hanya dengan dua buah jambatan yang merentangi Sungai Sarawak.


Kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan

  • Pusat Bandaraya Kuching (Timur)
  • Padungan
  • Stampin


Kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara

  • Petra Jaya
  • Satok
  • Pusat Bandaraya Kuching (Barat)

No comments:

Post a Comment