Thursday 8 May 2014

Geografi dan Demografi Bandaraya Kuching




Kuching terletak di tebing Sungai Sarawak yang terletak pula di bahagian barat laut pulau Borneo. Garisan bujur dan garisan lintang Kuching ialah 01°33' U, 110°25' T.
Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Hujan tahunan puratanya adalah lebih kurang 4,000 mm atau 160 inci. Kuching ialah bandar raya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dan Februari semasa musim Monsun Timur Laut. Suhu puratanya adalah di sekitar 23°C pada jam-jam awal pagi dan naik sehingga lebih kurang 32°C pada tengah hari. Suhu ini adalah tetap pada sepanjang tahun.
Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.

Pelbagai etnik hidup aman harmoni di Kuching
Kuching adalah bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Johor Bahru.Banci penduduk Malaysia 2010 menunjukkan kawasan metropolitan Kuching,termasuk Asajaya,Samarahan dan Bau-Lundu mempunyai 1 000 000 penduduk.
Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang MelayuDayakCina, serta sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain. Orang Dayak boleh dikategorikan lagi kepada orang IbanBidayuh,Melanau, dan banyak lagi. Orang Cina terdiri daripada orang Hokkien di kawasan-kawasan bandar raya, dan orang Hakka, khususnya di kawasan luar bandar. Orang-orang Cina yang lain termasuk orang Foochow (Fuzhou), TeochewHainanKantonisHenghua dan lain-lain lagi.
Agama-agama utama penduduk Kuching ialah IslamBuddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim.
Kebanyakan penduduk Kuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang. Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia.
Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalambahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.
Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.

No comments:

Post a Comment